30 April 2013

Salahkah Plagiat ?

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera...

sumber : Encik google

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, plagiat bermaksud perbuatan mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri.

Menurut kamu Pelajar pula, plagiat ialah hasil, mencedok karya atau tulisan orang lain yg disiarkan kembali sbg karya sendiri (biasanya dlm hal karang-mengarang).

Faham? Dalam bahasa mudahnya plagiat ialah aktivit ' Copy Paste '. M tanyakan anda, adakah salah kita melakukan plagiat? Bagi M plagiat adalah tidak salah. kenapa? copy paste ini sudah menjadi adat pelajar. Dalam pada menyiapkan assignment, sememangnya kita akan mencari maklumat berkaitan daripada internet kerana ianya lebih mudah dan cepat.

sumber : Encik google

Bagaimana ianya tidak salah? Bila korang mencari sesuatu maklumat, janganlah menggunakan kesemua yang ada di laman web tersebut. Sama juga seperti buku. Kita hanya mengambil ideanya sahaja. Huraian dan contoh sememangnya kita perlu fikir sendiri setelah kita memahami ideanya. Jadi, bila mana ideanya sahaja yang korang ambil, itu bukanlah satu plagiat namanya. Masalah yang berlaku pada hari ini ialah ramai yang mengambil bulat-bulat apa yang ditulis tanpa membuat penambah baikan menggunakan idea sendiri. Faham sekarang ?

Kedua, korang perlu la notis atau memberi kredit kepada penulis asalnya. Sama seperti menulis blog contohnya. Bila M menggunakan gambar-gambar yang terdapat di internet untuk diletakkan dalam blog, M perlu lah memberi kredit dengan letakkan link atau menulis sumber di bawah gambar. Perasan tak? 

nampak tak ?

Tips untuk elakan PLAGIAT :
  1. Hanya mengambil idea (isi utama). Huraian dan contoh korang perlu la buat sendiri.
  2. Notis atau kreditkan penulis asal atau sumber maklumat itu.
  3. Jika itu adalah milik/harta intelek seseorang, minta izin sebelum menggunakan. Contohnya menghantar emel.
  4. Jangan selalu meng'Google' maklumat, sebaliknya membacalah untuk pengetahuan.
#Practise Make Perfect !

26 April 2013

Shopaholic

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera..

sumber : Encik Flikr

Ada satu terma dalam shopping yang disebut sebagai shopaholic. We can considered that shopaholic are the people that extremely love shopping. Ehemmm, maaf terspeaking pulak yer. M rasa kebanyakan shopaholic ni adalah perempuan. Ye la, perempuan dengan shopping dah macam irama dan laku. kalau dipisahkan memang tak boleh nak bayangkan apa yang bakal berlaku.

Bila dah bercakap pasal shopaholic ni, M nak sentuh sikit berkaitan 'Online Shopping'. Zaman 2013 ni, memang rancak berlangsung membeli-belah dalam talian ni. Banyak sangat syarikat yang mempromosi dan menawarkan pembelian dalam talian ini. Antaranya, korang terjah di bawah ni..


Ha..sebenarnya tak salah nak shopping. Tambahan, online shopping ini sangat bagus kerana korang hanya perlu duduk depan lappy, pilih barangan yang korang nak, then bayar. Macam-macam pun ada untuk diborong. Semuanya dalam talian. Dalam kata lain, di hujung jari jer. Tapi kena selalu beringat, kita juga perlu untuk uruskan wang dengan bijak.

Tips Online Shopping :
  • pastikan url web tersebut ada tertera ' https '
  • hanya membeli benda yang diperlukan bukan dikehendakan
Kalau tak, jadi macam ni la jawabnya...

sumber : Encik google

#Think smart, Work smart & you're SMART !

23 April 2013

Idea Asal

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa M aktif bermuka buku tadi, M ternampak satu gambar. Ianya sangat menarik sebab banyak komen mengatakan bahawa gambar tersebut adalah permulaan bagi aplikasi atau laman sesawang yang ada pada hari ni. Sebab tu M namakan post kali ni sebagai Idea Asal. Jom terjah gambar tersebut


Nampak kan? Semuanya memang wujud dalam dunia realiti sebelum diupgrade ke dunia ICT. Skype, Facebook, Twitter, Tumblr dan sebagainya. Dengan ICT ni segalanya memungkinkan realiti. Jadi, gunalah kecanggihan yang kita ada pada hari ni secara berhemah.

Tips menggunakan Social Networking dengan baik :

  1. Gunakan bahasa/perkataan yang betul dan sopan
  2. Jika tiada perkara baik untuk diperkatakan, tak usah diperkatakan !
  3. OK untuk berkata tidak (menafikan) tapi berikan justifikasi (sebaba) korang
  4. Jangan jadi batu api ya !

#Use it ethically !

18 April 2013

Medium Dakwah ?

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salah satu kebaikan penggunaan internet ialah sebagai medium DAKWAH. Pernah dengar sebelum ni ? Jadi, M nak berkongsi sedikit pendapat dengan korang.

DAKWAH yang M ingin katakan bukanlah terhad kepada bentuk pengisian islamik sahaja, namun meliputi semua mesej moral yang baik dalam memberikan fahaman yang jelas buat semua pembaca atau pengguna internet.

Bagaimana ? Mudah saja. Korang semua mesti ada akaun FB kan ? Tiada ? Jangan nak tipu. Masa korang tengah aktif ber 'FB', pernah tengok post macam ni...

Post berbentuk mesej moral..

Tak perlu takut untuk 'update' status korang dalam bentuk sebegini. Korang mungkin boleh mengubah hidup seseorang dengan mesej tersebut. Inilah salah satu contoh dakwah melalui internet.

#Gunakan kemajuan teknologi sebaiknya !

16 April 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera...

sumber : Encik google

Minah : " Kalau tak kenal, macam mana nak bercinta ! "
Bedah : " Kenal pun tak, inikan nak bercinta ! "
Jah : " Cinta ? Excuse me, do I know you ? " 

Oppss, terlebih sudah ! - pinjam trademark Stacy kejap. Korang faham dialog di atas ? Bukan main kelas lagi si Jah berspeaking kan. Kalau korang perasan ketiga-tiga makcik kat atas tu bercakap mengenai 'kenal' dan 'cinta'. Sebenarnya tak der kaitan pun dengan M. Apa yang nak M sampaikan hari ni sebenarnya bukanlah pasal cintan cintun ya.

Blog ' Mr. Mahasiswa ' ini sebenarnya M laksanakan bersempena dengan portfolio untuk 1CiTiZEN. Secara umunya 1CiTiZEN merupakan program untuk kita belajar cara menguruskan penggunaan internet atau teknologi IT secara bijak. Korang masih tak faham ? Jangan kerut-kerut dahi, jom terjah link di bawah. Selamat meneroka !

  
Produce for 1CiTiZEN

Sekarang korang dah kenalkan dengan M dan juga 1CiTiZEN ? So, selalu-selalu lah jenguk blog ni yer. M akan berkongsi dengan korang dalam meningkatkan ' Internet Awareness '.

#Tak kenal maka tak CINTA !