Asalamualaikum dan Salam Sejahtera...
sumber : Encik google
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, plagiat bermaksud perbuatan mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri.
Menurut kamu Pelajar pula, plagiat ialah hasil, mencedok karya atau tulisan orang lain yg disiarkan kembali sbg karya sendiri (biasanya dlm hal karang-mengarang).
Faham? Dalam bahasa mudahnya plagiat ialah aktivit ' Copy Paste '. M tanyakan anda, adakah salah kita melakukan plagiat? Bagi M plagiat adalah tidak salah. kenapa? copy paste ini sudah menjadi adat pelajar. Dalam pada menyiapkan assignment, sememangnya kita akan mencari maklumat berkaitan daripada internet kerana ianya lebih mudah dan cepat.
sumber : Encik google
Bagaimana ianya tidak salah? Bila korang mencari sesuatu maklumat, janganlah menggunakan kesemua yang ada di laman web tersebut. Sama juga seperti buku. Kita hanya mengambil ideanya sahaja. Huraian dan contoh sememangnya kita perlu fikir sendiri setelah kita memahami ideanya. Jadi, bila mana ideanya sahaja yang korang ambil, itu bukanlah satu plagiat namanya. Masalah yang berlaku pada hari ini ialah ramai yang mengambil bulat-bulat apa yang ditulis tanpa membuat penambah baikan menggunakan idea sendiri. Faham sekarang ?
Kedua, korang perlu la notis atau memberi kredit kepada penulis asalnya. Sama seperti menulis blog contohnya. Bila M menggunakan gambar-gambar yang terdapat di internet untuk diletakkan dalam blog, M perlu lah memberi kredit dengan letakkan link atau menulis sumber di bawah gambar. Perasan tak?
nampak tak ?
Tips untuk elakan PLAGIAT :
- Hanya mengambil idea (isi utama). Huraian dan contoh korang perlu la buat sendiri.
- Notis atau kreditkan penulis asal atau sumber maklumat itu.
- Jika itu adalah milik/harta intelek seseorang, minta izin sebelum menggunakan. Contohnya menghantar emel.
- Jangan selalu meng'Google' maklumat, sebaliknya membacalah untuk pengetahuan.
#Practise Make Perfect !
No comments:
Post a Comment